12 September 2024 — Pada malam ini telah berlangsung Program Ukhuwah Muslimin yang dianjurkan secara rutin oleh Surau Al-Mukhlisin pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Program dimulakan dengan gotong-royong memasak yang bermula selepas Asar.
Selesai solat Maghrib berjemaah, Ustaz Aizat Hafizi, Imam Masjid Abu Bakar, Temerloh yang juga ahli khariah TJ Indah telah menyampaikan tazkirah ringkas kepada para jemaah, dan seterusnya beliau memimpin bacaan surah Yassin dan tahlil.
Usai solat Isyak, para jemaah dihidangkan dengan juadah yang disediakan oleh pihak surau.












