Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Mingguan: Dr. Abdullah Ismail 3 September 2024

3 September 2024 — Ceramah oleh Dr. Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Temerloh Jaya, pada minggu pertama berkisar tentang kemerdekaan dan kepentingan semangat menyambut hari kemerdekaan negara. Beliau menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar kebebasan dari penjajahan, tetapi juga kebebasan membentuk negara sendiri serta menjalani kehidupan dan ibadah tanpa gangguan. 

Beliau turut membincangkan konsep "merdeka di akhirat," di mana di akhirat, seseorang hamba tidak lagi perlu beribadah, kerana dunia adalah tempat ibadah sementara akhirat adalah tempat menuai hasilnya. Dr. Abdullah juga mengulang penekanan tentang pentingnya menjaga solat dan mencapai khusyuk dalam ibadah, yang dimulakan dengan penjagaan wuduk dan penyempurnaan ibadah sebelum solat.

Kuliah malam ini turut membincangkan tentang kematian dan alam kubur yang terdapat dalam buku *Pergi Tak Kembali*.