Ticker

6/recent/ticker-posts

Wakil KRT Taman Temerloh Jaya Indah Menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan 2024


31 Ogos 2024 — Sempena menyambut kemerdekaan ke 67 pada tahun ini, satu perbarisan kemerdekaan telah diadakan di Dataran Temerloh. Sebanyak 30 kontinjen terlibat dalam perbarisan lintas hormat yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah Jabatan Perpaduan telah menghantar beberapa orang ahli KRT dari setiap kawasan sebagai wakil kontijen Jabatan Perpaduan.  KRT TJ Indah diwakili oleh Timbalan Pengerusi KRT, En. Norsafari Awang Ahmad dan AJK KRT En. Herman Manaf. Turut hadir ke acara tersebut ialah Pegawai Perpaduan Daerah Temerloh, Puan Julina Jaafar, Penolong Pegawai, En. Nor Azlan dan pegawai-pegawai Pejabat Perpaduan yang lain.