30 Ogos 2024 — Pertandingan Memanah Kanak-Kanak Taman Temerloh Jaya Indah telah berlangsung dengan meriah pada petang ini. Pertandingan ini, yang merupakan inisiatif Cikgu Arma Zurin dari Biro Sukan KRT TJ Indah, berjaya menarik minat dan penyertaan yang sangat menggalakkan. Acara bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada 6.25 petang.
Hadiah bagi para pemenang akan disampaikan pada malam ini, serentak dengan program Malam Merdeka KRT TJ Indah.



































































































