Ticker

6/recent/ticker-posts

Penutupan Sementara Jalan Utama TJ Indah Sempena Malam Merdeka

Penutupan sementara jalan utama masuk ke Taman Temerloh Jaya Indah akan dilaksanakan pada malam 30 Ogos 2024. Penutupan ini terpaksa dilakukan untuk melancarkan perjalanan program Malam Merdeka yang dijadualkan berlangsung pada malam ini. Sehubungan itu, pengguna jalan raya perlu menggunakan laluan alternatif melalui Jalan TJ Indah 1 untuk memasuki kawasan perumahan. Penutupan ini akan bermula pada pukul 10.15 malam dan dijangka berakhir pada 12.05 malam.

Langkah ini terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut semasa program Malam Merdeka berlangsung. Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali.

SEMUA PENDUDUK TAMAN TEMERLOH JAYA INDAH DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA.