Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Malam Merdeka KRT Taman Temerloh Jaya Indah 2024


Pada malam 30 Ogos 2024 (Jumaat) ini Buat pertama kalinya, pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) akan menganjurkan sebuah program iaitu Malam Merdeka yang julung kali diadakan dengan tujuan menzahirkan rasa syukur atas kemerdekaan negara yang kini telah mencapai usia 67 tahun. 

Sepanjang malam tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memeriahkan suasana sambutan. Antaranya ialah;
  1. Jamuan Makan.
  2. Ucapan Pengerusi KRT TJ Indah.
  3. Bacaan Doa Merdeka. 
  4. Ceramah Merdeka, menampilkan Long Baharin (Dr.Baharin Ibrahim) waris pahlawan Pahang, Dato' Bahaman.
  5. Demonstrasi Silat.
  6. Laungan Merdeka.
Program ini dijadualkan bermula pada pukul 10.00 malam dan akan berakhir sekitar pukul 12.15 pagi. Diharapkan agar semua warga komuniti TJ Indah dapat hadir untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini dan menyemarakkan lagi semangat cinta akan tanah air.

Tarikh: 30 Ogos 2024 (Jumaat malam Sabtu)
Masa: 10.30 malam — 12.15 pagi
Lokasi: Kawasan Lapang Pondok SRS KRT TJ Indah (lapang sasar memanah)