Ticker

6/recent/ticker-posts

SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah ( 25 Ogos 2024)


25 Ogos 2024 — Aktiviti di SRS Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) berjalan seperti biasa pada malam ini dengan kehadiran 8 orang ahli komuniti TJ Indah, termasuk AJK KRT. Pengerusi dan AJK KRT TJ Indah mengambil kesempatan untuk membincangkan program Malam Merdeka yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2024 nanti. 

Pada malam ini juga, bendera Malaysia dan bendera Pahang dikibarkan buat pertama kalinya di tiang bendera pondok SRS KRT. Aktiviti SRS berakhir pada sekitar hampir pukul 1.00 pagi.