Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Mingguan Ustaz Zainudin — 16 Ogos 2024

16 Ogos 2024 — Pengajian ilmu di Surau Al-Mukhlisin pada minggu ini diteruskan lagi dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin, di mana beliau membicarakan bab feqah. Kuliah ini memberi tumpuan khusus kepada hukum feqah yang berkaitan dengan jual beli serta syarat-syaratnya.

Sebelum memulakan kuliah, Ustaz Zainudin turut mengimamkan solat Maghrib. Selepas solat Isyak, bacaan surah Al-Mulk dilakukan seperti biasa dengan dipimpin oleh Imam Haji Din. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak surau.