Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengerusi KRT TJ Indah di Taklimat Libat Urus Mediator Komuniti Bersama Agensi

1 Ogos 2024 — Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En.Mazlan Hanfiah, telah menghadiri Taklimat Libat Urus Mediator Komuniti Bersama Agensi yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Hotel Seri Malaysia Temerloh.

Taklimat program ini dirasmikan oleh YB Cik Leong Yu Man EXCO Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Antara tujuan taklimat ini adalah untuk melantik peserta sebagai PERANTARA bagi menyelesaikan sebarang masalah di dalam komuniti. Contoh masalah yang sering timbul dan boleh ditangani oleh para peserta termasuk:

1. Perselisihan faham
2. Bunyi bising
3. Isu sampah
4. Isu parkir
5. Isu haiwan peliharaan

Kelima-lima perkara ini sering menjadi punca ketidakpuasan hati di kalangan komuniti, dan melalui taklimat ini, peserta diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu-isu tersebut.