Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah di MOH Karnival Makmur Temerloh Sebagai Sukarelawan MyChampion

27 Julai 2024 — Karnival Makmur Temerloh telah diadakan di Dataran Tun Abdul Razak, Temerloh. Program ini merupakan anjuran kerajaan negeri Pahang, di bawah seliaan YB Dato' Sabariah Saidan, Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Pahang.

Dalam karnival ini, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, 
EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, hadir bagi mewakili YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang.

Pengerusi KRT Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah), En. Mazlan Hanfiah, turut terlibat sebagai sukarelawan MyChampion.

Program 3 hari ini bertemakan "Kesihatan" dan diurusetiakan oleh Jabatan Kesihatan  Pahang & Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh dengan kombinasi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 

Pelbagai khemah pameran yang sarat dengan maklumat serta khidmat masyarakat disediakan untuk kepentingan orang ramai.

Sumber Gambar
1. Mazlan Hanfiah
2. Facebook YB Syed Ibrahim