13 Julai 2024 — Satu program gotong royong khas cegah denggi telah diadakan di Taman Temerloh Jaya Indah (TJ Indah). Program ini dianjurkan berikutan Taman TJ Indah telah disenaraikan sebagai kawasan wabak denggi. Aktiviti ini bertujuan untuk memerangi penyebaran nyamuk Aedes yang menjadi punca utama penyakit tersebut.
Acara gotong royong ini adalah inisiatif oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah yang berusaha keras dalam membasmi penyebaran wabak denggi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk membersihkan kawasan persekitaran, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, lawatan rumah ke rumah, serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai pentingnya menjaga kebersihan untuk mengelakkan wabak denggi.
Komuniti Taman Temerloh Jaya Indah diwakili oleh En. Safari selaku Timbalan Pengerusi KRT, dan Cikgu Zulkifli, Pengerusi Surau Al-Mukhlisin. Sementara pihak Pejabat Kesihatan Daerah diwakili oleh Dr.Gan Shiz Yee dan Puan Norfarhah Othman.
Program gotong royong ini dikendalikan oleh pihak Pendidikan PKD Temerloh, iaitu Puan Norfarhah Othman selaku Pegawai Pendidikan Kesihatan.
Ucapan dimulakan oleh taklimat ringkas oleh doktor dari PKD Temerloh, iaitu Dr.Gan Shiz Yee — Dr.Gan menasihatkan agar komuniti TJ Indah meluangkan masa untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah. Selain itu, gotong royong hendaklah dilakukan secara berterusan di tempat-tempat awam, padang permainan, surau dan sebagainya — ia boleh dilakukan seminggu sekali selama lebih kurang sepuluh minit untuk satu sesi. Dr.Gan juga memaklumkan beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli komuniti TJ Indah dan berharap wabak yang sedang melanda TJ Indah dan kawasan sekitarnya dapat dikawal dan ditamatkan secepat mungkin.
Puan Norfarhah turut memberikan taklimat ringkas dengan menasihati anak-anak komuniti TJI agar berjaga-jaga pada waktu petang sekitar 5.00pm–7.00pm kerana ia merupakan waktu aktif bagi nyamuk Aedes. Beliau juga menasihati agar segera ke klinik sekiranya terdapat tanda-tanda demam denggi.
Pihak KRT TJ Indah yang diwakili oleh Saudara Safari merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta yang hadir dan dengan harapan program sebegini seharusnya disertai oleh lebih ramai lagi ahli komuniti berbanding pihak PKD Temerloh.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua peserta yang hadir; Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan AJK KRT TJ Indah, pihak Surau Al-Mukhlisin, anak-anak khariah surau, dan penduduk Taman TJ Indah atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Tanpa usaha dan sokongan mereka, program ini tidak akan berjaya mencapai matlamatnya. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, wabak denggi di kawasan Taman Temerloh Jaya Indah dapat dibendung dan kesejahteraan penduduk setempat dapat dikekalkan.
Program gotong royong berjalan dengan lancar tamat sekitar pukul 10.30am.
Pengerusi KRT TJ Indah, Saudara Mazlan Hanfiah tidak dapat menyertai gotong royong kali ini kerana berada di luar kawasan, namun beliau menunjukkan komitmen dengan memberikan pandangan dan menyokong usaha gotong royong ini.

.jpeg)

.jpeg)











.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
