Ticker

6/recent/ticker-posts

Kuliah Bulanan: Ustaz Mohd Firdaus Julai 2024

16 Julai 2024 — Kuliah Bulanan oleh Ustaz Mohd Firdaus Mohd Azmy telah diadakan  selepas solat Maghrib — Ustaz Mohd Firdaus telah mengupas topik yang sangat menarik, iaitu peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam. Antara kisah yang dibahas ialah perpecahan di kalangan sahabat-sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad, termasuk kisah Ibnu Zubair, Hassan, dan Husain serta tragedi kematian mereka. Turut diceritakan juga tentang pemerintahan keluarga Muawiyah bin Abi Sufyan yang mempengaruhi perjalanan Islam pada masa itu. 

Ustaz Firdaus menyarankan dan menasihati para jemaah agar sama-sama mengubah cara berfikir, mengajak semua untuk merenung dan memahami hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut.