Ticker

6/recent/ticker-posts

Qiyam Ramadhan 2024/1445h Surau Al-Mukhlisin

Malam pertama Qiyam Ramadhan 2024/1445h di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah. Selepas solat Maghrib, beberapa orang jemaah bergotong royong membersihkan kawasan hadapan surau untuk menampung limpahan jemaah untuk solat Terawih.

Solat Terawih dilakukan sejurus selesai solat sunat selepas Isyak. Usai solat Terawih, jemaah dihidangkan dengan moreh sumbangan harian khariah surau Al Mukhlisin. Pihak surau juga mengadakan program tadarus Al-Quran selepas selesai moreh pada malam tersebut.