Ticker

6/recent/ticker-posts

Liga Bola Sepak Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah

24 Februari 2024 — Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah telah menganjurkan perlawanan bola sepak untuk anak-anak khariah surau, bertempat di Taman Permainan Taman Temerloh Jaya Indah (Jalan 2/4A). Program tersebut disertai oleh lima pasukan yang terdiri dari empat orang setiap pasukan. Masa perlawanan ditetapkan selama lima minit bagi satu sesi perlawanan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan oleh Dr. Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya pada malam Selasa, 27 Februari 2024 selepas solat Isyak.

Pihak KRT TJ Indah melalui pengerusinya Saudara Mazlan telah menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan kepada Surau Al-Mukhlisin sebagai sebagai tanda sokongan terhadap aktiviti tersebut. Turut memberi sumbangan  ialah Masjid Temerloh Jaya.

Keputusan:
Johan : Pasukan  Abu Bakar Al Siddiq
Naib Johan : Pasukan  Ali Abu Talib
Ketiga: Pasukan  Usman Al Affan
Keempat : Pasukan  Umar Al Khatab
Kelima : Pasukan Abdul Rahman Al Auf