
Pada 3 Mac 2024, KRT TJ Indah telah menganjurkan aktiviti mengedarkan kurma kepada penduduk kejiranan Taman Temerloh Jaya Indah yang melalui jalan utama berdekatan pondok SRS KRT TJ Indah. Sebanyak dua ratus pek kurma diedarkan, diketuai Pengerusi KRT TJ Indah saudara Mazlan dan beberapa AJK yang lain. Poster berkenaan edaran kurma tersebut telah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp oleh Pengerusi KRT ke dalam kumpulan sembang komuniti TJ Indah dan juga surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah.
Sebelum aktiviti mengedar kurma dijalankan, kerja-kerja pembersihan kawasan pondok SRS secara gotong-royong telah diadakan dengan kerjasama dari semua AJK yang berkelapangan.

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)