Temerloh Jaya Indah merupakan sebuah taman perumahan yang mula dibangunkan pada tahun 2006. Taman ini berjiran dengan Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, dan Kampung Tualang.
Di dalam kejiranan Temerloh Jaya Indah, terdapat lebih kurang 400 buah rumah, dengan majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Melayu dan sebilangan kecil kaum India dan Cina.
Taman ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk. Antaranya adalah Surau Al-Mukhlisin, gelanggang sepak takraw, dan pondok kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Kemudahan pendidikan seperti sekolah menengah dan sekolah rendah juga terletak berdekatan, iaitu di dalam kawasan kejiranan Taman Temerloh Jaya.
Selain itu, penduduk Temerloh Jaya Indah turut merupakan sebahagian daripada kariah Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, atau lebih dikenali sebagai Masjid Taman Temerloh Jaya (MTTJ). Masjid ini menjadi pusat aktiviti keagamaan dan sosial yang penting bagi komuniti di sini.