
25 Februari 2024 — (Bil. 1/2024), Pihak KRT TJ Indah telah mengadakan mesyuarat AJK buat pertama kalinya. Mesyuarat diadakan di Surau Al-Mukhlisin, TJ Indah dan dipengerusikan oleh Pengerusi KRT TJ Indah, Saudara Mazlan.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan AJK yang dilantik dan menubuhkan biro dan melantik AJK yang akan mengendalikan biro-biro yang dicadangkan tersebut. Turut dibincangkan ialah pelan-pelan masa hadapan yang akan diusahakan oleh pihak KRT untuk komuniti KRT TJ Indah.


