4 Januari 2025 — Satu ziarah komuniti telah diadakan bagi menziarahi En. Mokhtar yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan akibat masalah saluran hempedu dan batu karang.
Program ziarah ini turut disertai oleh Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, Pengerusi Surau Al-Mukhlisin Taman Temerloh Jaya Indah, En. Zulkifli Ismail, serta ahli-ahli kariah yang berkelapangan, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.