Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Khariah Surau Al-Mukhlisin

19 April 2025 — Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Khariah Surau Al-Mukhlisin berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah serta ahli khariah surau bersama keluarga masing-masing.

Majlis yang bermula seawal jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Tuan Hassanuddin Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan dan Dr. Haji Abdullah Ismail, Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (MTTJ).

Para tetamu dihidangkan dengan juadah utama iaitu kari daging dan nasi minyak yang dimasak secara gotong-royong oleh ahli khariah. Pelbagai jenis pencuci mulut turut disumbangkan oleh komunit.

Menambahkan lagi kemeriahan, pihak surau turut menyediakan duit raya khas untuk anak-anak yang hadir.

Pengerusi Surau Al-Mukhlisin, Cikgu Zulkifli Ismail, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat persiapan sejak semalam. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang pihaknya mengendalikan surau.