23 Januari 2025 —Program Ukhuwah Al-Mukhlisin diadakan seperti biasa pada malam ini. Majlis dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti tazkirah ringkas oleh Ustaz Sahrizal Jamaluddin sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil.
Selepas solat Isyak, para jemaah dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan oleh pihak surau sebagai penutup majlis pada malam ini.
Program Ukhuwah Al-Mukhlisin yang diadakan setiap Khamis malam Jumaat ini diharap dapat menarik lebih ramai jemaah baru dalam kalangan ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah.