Ticker

6/recent/ticker-posts

Ziarah Cakna ke Rumah En. Shahrul


3 Disember 2024 — Ziarah Cakna petang ini menziarahi En. Shahrul Hisham Romali di rumahnya. Ziarah ini dilakukan sebagai tanda sokongan moral kepada En. Shahrul yang baru sahaja pulang dari rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) setelah disahkan menghidap penyakit kanser. 

Dalam pada itu, En. Mazlan Hanfiah, selaku Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, turut mengambil inisiatif untuk menguruskan penyediaan katil mudah alih bagi kegunaan En. Shahrul di rumah. Katil ini akan disediakan melalui kerjasama dengan Biro Kebajikan & Sosial Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya (MTTJ)

En.Shahrol dijadualkan akan meneruskan rawatan susulan di Kuala Lumpur pada hari esok. 

Mohon doa semua ahli komuniti Taman Temerloh Jaya Indah agar urusan En.Shahrul dipermudahkan oleh Allah SWT.