Ticker

6/recent/ticker-posts

Penghantaran Katil Sumbangan BKS MTTJ Kepada En. Shahrul

6 Disember 2024 — Dengan kerjasama Biro Kebajikan Dan Sosial, Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (BKS MTTJ), pada petang ini, pihak Kawasan Rukun Tetangga, Taman Temerloh Jaya Indah (KRT TJ Indah) telah membuat penghantaran katil mudah alih ke rumah En. Shahrul Hisham Romali yang sebelum ini dilaporkan sedang menjalani rawatan kanser.

En. Mazlan Hanfiah, selaku Pengerusi KRT TJ Indah turut terlibat dalam kerja-kerja mengambil katil di Kampung Batu Satu, sebelum dibawa ke Taman Temerloh Jaya Indah. Turut sama terlibat ialah En. Norsafari Awang Ahmad, Timbalan Pengerusi KRT TJ Indah dan En. Ab Manaff Bin Safien Pengerusi BKS MTTJ dan AJK yang berkelapangan.

En. Shahrul, yang kini sedang berjuang melawan kanser, memerlukan kemudahan ini bagi membantu kelancaran pergerakannya ketika menjalani rawatan dan aktiviti harian di atas katil. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban serta memberikan sedikit keselesaan kepada En. Shahrul dan keluarga.