15 Disember 2024 — Mesyuarat AJK KRT Taman Temerloh Jaya Indah, kali ke-4 telah diadakan di foyer surau Al-Mukhlisin pada petang ini.
Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang ini dihadiri oleh 11 orang AJK, termasuk 3 wakil AJK Jiran Wanita.
Mesyuarat petang ini membincangkan perkara-perkara berbangkit pada mesyuarat yang lepas. Antara perkara yang diputuskan pada mesyuarat kali ini ialah; memasukkan silat olahraga ke bawah program Biro Sukan, Kebajikan & Rekreasi. Turut dibincangkan ialah perancangan menubuhkan program Rakan Muda. Selain itu laporan dan perkembangan setiap biro di dalam KRT TJ Indah turut dibincangkan.
Mesyuarat berakhir pada jam 4.15 petang.