11 Disember 2025 - Pada malam ini, surau Al-Mukhlisin mengadakan program dengan pelbagai pengisian untuk jemaah. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.
Selepas itu seperti biasa, kuliah agama disampaikan oleh Ustaz Haji Roslan Jaafar, Imam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh sebagai mengisi jeda waktu antara Maghrib dan Isyak.
Usai solat Isyak, Ustaz Haji Roslan telah memimpin bacaan tahlil untuk untuk arwah Shahrul Hisham Romali, yang telah kembali ke rahmatullah pada (kelmarin) 9 Disember 2024.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan sebelum para jemaah bersurai.