3 November 2024 — Pada petang ini, selepas solat Asar, rombongan Ziarah Cakna KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah mengunjungi rumah Pak Mat di Jalan TJI 2/4A. Pak Mat, seorang jemaah setia di Surau Al-Mukhlisin, kini berada dalam keadaan sihat selepas pulih daripada demam beberapa hari lalu. Namun, Pak Mat yang sedang berehat di rumah kini menghadapi sedikit masalah kemerosotan ingatan.
Ziarah kali ini diketuai oleh En. Norsafari Awang, Timbalan Pengerusi KRT, bersama beberapa AJK KRT dan ahli jemaah surau yang turut serta.

