Ticker

6/recent/ticker-posts

Riadah Dan Rondaan Santai Pengerusi KRT: Isu Komuniti dan Solusi


5 November 2024 — Pagi ini, Pengerusi KRT Taman Temerloh Jaya Indah, En. Mazlan Hanfiah, beriadah sambil melakukan rondaan secara rawak di kawasan kejiranan Taman Temerloh Jaya Indah. Hasil pemerhatiannya, beliau mendapati; Ada penduduk yang menanam pokok besar di lorong belakang rumah, iaitu kawasan yang sepatutnya menjadi laluan awam untuk tujuan kecemasan. Selain itu, didapati sebahagian penduduk meletakkan objek-objek yang tidak perlu di lorong tersebut seperti kenderaan rosak, sisa bahan binaan, pasu bunga, dan sebagainya. Hal ini mendatangkan pelbagai keburukan, termasuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, tikus, ular, lipan, dan lain-lain.

Sebagai jalan penyelesaian, beliau menggalakkan penduduk  komuniti TJ Indah untuk bersama-sama memanfaatkan Kebun Komuniti KRT TJ Indah yang terletak di atas bukit di belakang surau. Penglibatan untuk mengusahakan kebun ini terbuka kepada semua ahli komuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai Kebun Komuniti, sila hubungi En. Norsafari Awang (Timbalan Pengerusi KRT TJ Indah) di talian 0195275914.

Selain itu, En. Mazlan juga mengambil maklum tentang beberapa kerosakan yang berlaku di kawasan kejiranan dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Akhirnya, beliau mengharapkan agar Taman Temerloh Jaya Indah sentiasa dalam keadaan bersih, selamat, dan ceria.

Lorong belakang Jalan TJI 2/3

Lorong belakang Jalan TJI 1

Lorong belakang Jalan TJI 2/1

Sampah di Jalan TJI 1/2 Tanaman di Belakang Jalan TJI 1/2

Sisa Binaan Jalan 2/4

Kebun Komuniti

Proses baik pulih longkang dan penyelengaraan taman permainan sedang dalam pemerhatian dan laporan sudah di buat ke PBT.