Ticker

6/recent/ticker-posts

Kebun Komuniti, Pupuk Kerjasama Komuniti TJ Indah

Kebun Komuniti KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah mula diusahakan oleh ahli komuniti TJ Indah sebagai usaha bersama untuk memanfaatkan kawasan yang tersedia. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan sumber makanan segar di samping memperkukuhkan hubungan sesama jiran. 

Antara tanaman yang diusahakan adalah seperti; nanas, serai, ubi, lada, terung, pisang, dan pelbagai jenis tanaman lain yang mudah dijaga dan memberikan hasil dalam masa yang singkat. Tanaman-tanaman ini seterusnya dapat dimanfaatkan bersama oleh ahli komuniti. 

Kebun Komuniti ini merupakan 'produk' KRT TJ Indah dan terbuka untuk diusahakan oleh semua ahli komuniti. Ia diharap dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan nilai kerjasama, semangat gotong-royong, dan keprihatinan terhadap kebolehgunaan tanah untuk dimanfaatkan.