19 Oktober 2024 — SRS KRT Taman Temerloh Jaya Indah telah diadakan pada malam ini dengan penyertaan 6 orang. Aktiviti bermula dari pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi.




Laporan
Sekumpulan kanak-kanak berbasikal lajak ditahan oleh ahli SRS yang berkawal di pondok SRS KRT TJ Indah. Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kanak-kanak tersebut mengaku dari Kg. Batu 1, dan datang ke TJ Indah untuk bertemu dengan rakan mereka di sini. Tindakan memberi amaran dan menasihati kanak-kanak tersebut telah diambil dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
