Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Ukhuwah Surau Al-Mukhlisin TJ Indah — 31 Oktober 2024

31 Oktober 2024 — Program Ukhuwah Al-Mukhlisin telah diadakan seperti biasa pada malam ini. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Sarizal Jamaludin. Dalam tazkirah tersebut, Ustaz Sarizal berkongsi intipati hadis "Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara," yang mengingatkan kita untuk menghargai lima nikmat utama: masa muda, waktu sihat, masa kaya, masa lapang, dan kehidupan sebelum datangnya lawan bagi setiap perkara tersebut — tua, sakit, miskin, sibuk, dan kematian. Setiap nikmat ini merupakan peluang berharga untuk beramal  dan melakukan kebaikan. Hadis ini mengajak kita agar tidak lalai dan menggunakan setiap kesempatan dalam hidup sebaiknya sebagai bekalan untuk masa depan dan akhirat.

Seterusnya, Ustaz Sarizal memimpin bacaan Surah Yassin dan tahlil. Selepas solat Isyak, bacaan Surah Al-Kahfi dan Al-Mulk dilaksanakan secara berjemaah, diikuti dengan jamuan ringan sebelum para jemaah bersurai.