Ticker

6/recent/ticker-posts

Ziarah Cakna Komuniti TJ Indah 28 September 2024

Lazy Image

28 September 2024 — Pada petang ini, pihak KRT TJ Indah dan Surau Al-Mukhlisin TJ Indah telah mengadakan program Ziarah Cakna ke rumah ahli komuniti yang diuji dengan kesakitan. 

Rombongan diketuai oleh En.Mazlan Hanfiah pengerusi KRT TJ Indah dan Cikgu Zulkifli Ismail selaku wakil dan Pengerusi Surau Al-Mukhlisin.

Ziarah pertama adalah ke rumah Imam Jefri Ibrahim yang menderita slip disc sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau kini banyak berehat di rumah untuk proses pemulihan sementara menunggu tarikh pembedahan yang dijadualkan pada bulan Disember nanti.

Seterusnya, Ziarah Cakna diteruskan ke rumah En. Nazri bin Awang yang diuji dengan penyakit kencing manis, beliua juga kini sedang berehat di rumah kerana pergerakannya agak terbatas.

Persinggahan ketiga untuk program ini ialah ke rumah En. Zamri bin Mohd Nor yang mengalami kecelakaan jalan raya baru-baru ini dan sedang dalam fasa penyembuhan.

Destinasi terakhir Ziarah Cakna ialah ke rumah En. Osman bin Yaakob. Beliau menderita sakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis selang sehari dalam seminggu.

Ziarah Cakna pada petang ini berakhir sekitar jam 5.25 petang. Pengerusi KRT TJ Indah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Ziarah 1: Jeffri Ibrahim (Slip Disc)
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image

Ziarah 2: Nazri Awang (Kencing Manis)
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image

Ziarah 3: Zamri Mohd Nor (Kemalangan Jalan raya)
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image

Ziarah 4: Osman Yaakob (Buah Pinggang)
Lazy Image
Lazy Image
Lazy Image