
30 September 2024 — Pada hari ini, Biro Kebajikan Masjid Taman Temerloh Jaya (MTTJ) bersama pihak KRT TJ Indah, telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah pesakit Nazri Abd Manan (ahli komuniti TJ Indah) untuk menyerahkan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan beliau.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Biro Kebajikan untuk meringankan beban ahli kariah yang memerlukan.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah:
- Pengerusi Biro Kebajikan MTTJ, En. Abdul Manaf.
- Setiausaha Biro Kebajikan, Pn. Baity.
- Pengerusi KRT TJ Indah, En. Mazlan Hanfiah.
- Timbalan Pengerusi KRT TJ Indah, En. Norsafari Awang.
Sebelum ini pada 28 September (Sabtu), KRT TJ Indah dan Surau Al-Mukhlisin telah melakukan Ziarah Cakna ke rumah En.Nazri yang sedang fasa pemulihan selepas pembedahan akibat penyakit kencing manis. Pengerusi KRT TJ Indah, En.Mazlan melihat ada keperluan kepada En.Nazri menggunakan kerusi roda untuk memudahkan urusan seharian beliau.


