Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Ukhuwah Surau Al-Mukhlisin TJ Indah — 22 Ogos 2024

22 Ogos 2024 — Pada malam ini, seperti biasa, Program Ukhuwah Surau Al-Mukhlisin diadakan. Program ini merupakan rutin setiap malam Jumaat sebagai platform kepada komuniti Taman Temerloh Jaya Indah (TJI) untuk dapat bersama-sama berjemaah, membaca ayat-ayat suci. 

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah Yassin. Seterusnya, hadirin akan menunaikan solat Isyak bersama, diikuti dengan bacaan surah Al-Kahfi dan Al-Mulk selepas solat. Pihak surau turut menyediakan hidangan kari ikan pada malam ini.

Kehadiran amat menggalakkan pada malam ini walaupun hujan lebat mulai turun sebelum solat Maghrib dan berterusan renyai-renyai hingga ke selepas Isyak.