Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Bacaan Yassin Mingguan — 1 Ogos 2024

1 Ogos 2024 — Program bacaan Yassin pada malam ini telah diadakan seperti biasa di Surau Al-Mukhlisin, Taman Temerloh Jaya Indah. Bacaan Yassin dipimpin oleh Ustaz Sarizal Jamaludin. Sebelum bacaan Yassin dimulakan, Ustaz Sarizal telah menyampaikan tazkirah ringkas, yang memberi penekanan kepada jemaah agar 'bersahabat' dengan Al-Quran, kerana ia akan menjadi saksi di akhirar kelak.

Selepas solat Isyak, sebahagian jemaah meneruskan bacaan Surah Al-Kahfi dan Al-Mulk secara berjemaah, sebelum sama-sama menjamu hidangan yang disediakan oleh pihak surau.