30 Ogos 2024 — Pada petang ini, persiapan akhir telah dijalankan sebagai persediaan untuk Program Malam Merdeka yang akan berlangsung malam ini. Beberapa orang AJK KRT yang berkelapangan telah bergotong-royong membancuh simen untuk menegakkan tiang bendera di pondok KRT. Selain itu, kerja-kerja menyusun kerusi dan menghias dinding pondok SRS KRT juga turut dijalankan bagi menyambut kedatangan para tetamu.















