26 Julai 2024 – Majlis Perbandaran Temerloh telah mengadakan Program ‘Street Dakwah’ bertempat di Esplanade 2, Temerloh bermula jam 9.00 Malam. Penceramah undangan Ustaz Faiz Syahmi, Guru Briged MUIP dan Ustaz Aizat Hafizi, Imam 1 Masjid Abu Bakar Temerloh.
Program ‘Street Dakwah’ akan diadakan setiap minggu ke 2 dan minggu ke 4 bermula Julai 2024 hingga Disember 2024 (Khamis malam Jumaat).
Objektif Program:
1. Meningkatkan kefahaman.
2. Dapat memahami keperluan untuk berdakwah.
3. Memahami kepentingan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.