Aktiviti bermula pukul 10.30 malam dan berakhir pada sekitar jam 1.00pagi. Pada kali ini, seramai 7 orang ahli SRS yang berkelapangan telah menghadirkan diri.
Tujuan utama SRS adalah membantu pihak berkuasa membendung jenayah dan gejala sosial, mengeratkan hubungan komuniti, menjaga keselamatan, dan menunaikan amanah kerajaan melalui penggunaan dana yang diberikan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dalam komuniti setempat.