Ticker

6/recent/ticker-posts

Latihan Memanah Kanak-Kanak — 23 Julai 2024


23 Julai 2024 — Kelas memanah percuma Cikgu Arma Zurin semakin mendapat sambutan. Cikgu Armar telah mengambil inisiatif untuk membeli tujuh lagi busur panah baru bagi memenuhi keperluan anak-anak untuk latihan memanah. Kelas memanah diadakan sebanyak dua kali seminggu, iaitu untuk murid-murid Tahun 1 hingga 3 pada hari Selasa dan untuk murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 pada hari Khamis.

 Menurut Cikgu Armar, beliau merancang untuk mengadakan pertandingan memanah untuk anak-anak komuniti TJI pada masa hadapan apabila mereka semakin mahir memanah. Pertandingan ini diharapkan dapat memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha dan meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan memanah.